Krrriiiinggggg!!!
Masa rehat dah tiba!!! Haha… dalam fikiran aku hanya terbayang keenakan APOLLO yang dijual di koperasi.

‘Bangun semua!! Terima Kasih Puan Faridah!’ ucapan terima kasih diucapkan oleh Ketua kelas kami sebelum kami semua meluru ke luar seperti kambing yang terlepas dari kandang.
‘Kau nak makan ke tak?’ Suara Opie mengejutkan aku dari belakang.
‘Mestila nak.’ jawabku ringkas.
‘Dah tu kau tunggu apa?’ tanya Opie lagi.
‘Relaks ar, tunggu Epa jap.’ Jawabku dengan nada yang ditekan sedikit.
‘Oh!’ jawab Opie ringkas sambil mengagungkan kepala tanda faham.Epa tak duduk satu kelas dengan aku dan Opie, dia duduk di kelas 4 Ehsan. Tidak lama selepas itu, Epa datang dengan langkah yang ayunya. Aku mengaku, kawanku ini seorang yang lemah lembut, baik hati, malah tak banyak cakap. Tapi, satu je yang lain, kadang-kadang sikap dia yang agak garang tu buat kami agak gerun. Biasa la, siapa tak takut, dengan orang yang tengah marah.

Sedang aku asyik memandang persekitaran sekolah yang agak la besar tu tiba-tiba pandanganku jatu ke arah dua pasangan yang sedang jalan beriringan sembil bergelak ketawa. Lantas aku memberi tahu Opie dan Epa.
‘Eh! Abang Adi la! Dia jalan dengan Kak Wani ala sweetnya.’ suaraku agak mengejutkan Opie dan Epa yang sedang khusyuk melayan perasaan dan APPOLO mereka.

‘Tu la kat atas, diorang nak pegi library kot.’ Jawabku sambil memberi isyarat menggunakan kepala, takut kalau ditunjuk orang perasan pula.
Aku dan Opie banyak bercerita mengenai apa yang berlaku di sekolah. Seperti, pasangan yang bercinta, budak- budak popular yang chat dengan dia dekat FB atau Twitter, fasal guru-guru, fasal hal peribadi aku, dan macam-macam lagi la. Aku tak banyak cerita dekat Epa sebab kami susah nak jumpa, aku selalu sibuk dengan kerja sekolah, dan kerja-kerja yang cikgu bagi dekat Skuad Siber lagi. Aku cerita dekat Opie sebab senang nak jumpa. Yang peliknya bagi aku, aku kawan dengan Epa lagi lama dari aku kawan dengan Opie, macam mana aku tak boleh rapat dengan Epa?
Hmm… pelik betul la.. :/
Hmm… pelik betul la.. :/
2 comments:
ohh myy ! kelakar arr :)
ye ke??
haha..
:D
Post a Comment