Saja-saja nak cerita..



Lagu I HOPE, yang didendangkan oleh kumpulan penyanyi korea kegemaranku FT ISLAND telah berbunyi. Lagu itu aku tetapkan sebagai alarm.

Aku mencapai telefonku  di bawah bantal untuk mematikan alarm, kemudian mataku membulat kerana jam di telefonku  telah menunjukkan jam 6.30 pagi. Alamak aku dah lambat! Lantas aku segera bangun dan mencapai tuala. Ketika aku meluru ke bilik mandi, kedebuk! ‘  adoi! Sakitnya kepala aku!!’  aku bermonolog sendirian.  Ketika aku sedang berusaha bangun, Adoi! Tak boleh bangun la plak, sakitnya punggung ni, getusku dalam hati.

Tanpa mengira sakit aku berusaha juga bangun, untuk ke sekolah. Setelah selesai mandi dan memakai pakaian sekolah,aku menunaikan solat subuh. Usai solat subuh, aku masuk ke dalam bilik dan menyarung tudung sekolah di kepala. Kemudian , ke bilik mama untuk menyalam tangannya sebelum bergerak ke sekolah. Itu adalah salah satu rutin harian aku. Aku percaya ramai yang melakukan perkara sedemikian.

‘Dah sarapan ka?’ pertanyaan mama yang tiba-tiba datang dari belakang ku mengejutkan aku yang sedang menyarungkan kasut sekolah. ‘Tak pela mak, dah lambat ni.’ Aku menjawab. Setelah siap menyarungkan kasut, aku mencium tangan mama sekali lagi. ‘ Mak jalan!’ suara ku separu menjerit meminta izin untuk pergi. Memandangkan kami orang Sabahkami talah biasa menggunakan loghat ibunda  kami.
Aku menghayun langkah yang laju, memandangkan aku telah lewat untuk ke sekolah.Tambahan lagi, aku bukanlah datang dari orang yang senang, maka aku ke sekolah dengan berjalan kaki. Lagi pula, jarak sekolah dan rumah aku tidak la berapa jauh.

Sampai saja di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam,
‘Perhatian kepada semua para pelajar, sila bergerak ke Dataran Perhimpunan sekarang juga.’ Suara pengawas yang bertugas  memberi arahan,kepada semua para pelajar.

‘Ala.. tak sempat letak beg!’ getus hatiku. Dengan langkah yang perlahan aku menuju ke Dataran Perhimpunan. Sampai di barisan kelas, aku bersalaman dengan semua rakanku.

‘Lambat kau hari ni Amirah’ tegur salah seorang rakanku, Ramyaa. Aku hanya tersengih macam kerang busuk, sambil mengelap peluh yang tadi mengepung muka aku.

‘Mira kau dah siap keje sekolah yang cikgu akaun bagi?’ tanya Farra. Aku berada di kelas 4 Hikmah  dan satu-satunya kelas perakaunan tingkatan 4 pada tahun ini.

‘Dah.’ Ringkas ku dengan nada yang bersemangat.

‘Rajinnya kau Mira.’ Suara Iera menyampuk. Aku hanya mampu tersenyum. Teringat kejadian semalam, aku pergi ke rumah Kartini untuk menyiapkan kerja sekolah yang cikgu berikan. Memang setiap kali kalau ada kerja sekolah yang tidak dapat aku siapkan, aku akan bertanya kepada Kartini. Terutamanya,matapelajaran Prinsip Perakaunan.

‘Perhatian kepada semua pelajar sila beratur mengikut barisan kelas masing-masing,kerana kita akan memulakan bacaan doa yang diketuai oleh  Muhammad Syahmi.’ Tiba-tiba suara Puteri Alissa kedengaran memberi pengumuman. Lantas kami menamatkan perbualan itu dan bersedia untuk membaca doa. Kemudian akan diikuti dengan nyanyian lagu sekolah, negeri Selangor dan Negaraku, seterusnya meneruskan perhimpunan pada hari itu. Selesai saja perhimpunan, semua pelajar bergerak masuk ke kelas masing-masing melalui laluan sportcek. Macam biasa la, Opie akan ditahan sebab kuku dia yang panjang tu. Aku boleh buat apa, bagi nasihat pun bukan dia dengar,buat sakit tekak je.

Kelas 4 Hikmah dimulai dengan subjek  Add Math, yang diajar oleh Cikgu Anuar. Pada awal tahun je aku semangat belajar subjek ni, lepas tu aku dah tak de semangat. Sebabnya, aku pun tak tahu kenapa, mungkin faktor ramai sangat pelajar dalam tu yang buat aku selalu hilang fokus kemudian tertidur. Tambahan lagi, keadaan beberapa sikap pelajar yang suka membuat bising sebab terlalu SUKA sangat pada Cikgu Anuar ni. Kadang-kadang marah juga dengan sikap diorang tu, tapi apa boleh buat, siapalah aku dalam kelas tu, diorang kan budak hot! =.=

Tapi dengar cite, kelas aku nak kena pecah sebab ramai cikgu mengadu ramai sangat pelajar dan susah nak mengajar. Yey!!! Dapat pecah kelas!! So next time,dapat la study betul-betul. ^0^     
                         
‘Yang belakang tu faham tak?’ tiba-tiba suara Cikgu Anuar mengejutkan aku dari lamunan. Lantas aku menoleh kiri ke kanan, tapi semua memandang ke arah aku, maknanya aku la yang cikgu tanya. Alamak!

‘Kamu faham tak?’ tanya Cikgu Anuar lagi.

‘Ha? Oh! Faham-faham’. Jawab ku sambil tersenyum macam kerang busuk. Sebenarnya aku tak faham satu apa pun cikgu cakap. untung saja cikgu tak suruh jelaskan semula.
kalau tak apa aku nak cakap.. :(

‘Eh! Betul ke ko faham?’ tanya Intan Syafiqah Hasyim yang duduk di sebelahku. Aku hanya mampu tersengih sambil menggeleng ,menunjukkan tak faham satu apa pun.. :-P   Gelagatku itu membuatkan Intan tersenyum.

Krrrriiiinggggg!!!!
Hahaha… akhirnya habis juga masa Cikgu Anuar. Masa PMP diteruskan oleh Puan Azmila, guru mata pelajaran sains. Cikgu ni okey sikit, eh bukan sikit banyak!! Cikgu ni best, dah la sporting, tambah-tambah lagi dia ajar mesti aku faham. :) Tapi yang peliknya kenapa aku selalu dapat C pada setiap ujian atau exam. :(

3 comments:

SITI SORFIENA SYASHA said...

teetttttt , ada aku larg kat situ :)

Siti Amirah said...

haha.. semua ada aq buat cite betul larg!!
mungkin ada skit tokok tambah..
:)

SITI SORFIENA SYASHA said...

haha, okey larg :)

TAPI! ayat kau byk yg tak sesuai untuk dgunakan dan BM kau , FAIL!!! hahahaha :p

Let's See~