Bapak vs Adik( Amirul)

Am selalu salah sangka dengan bapak, sebabnya Am tak tau.. :(

Macam nie ceritanya..
(P/S: bukan niat nak burukkan keluarga sendiri.. tapi, saja nak kongsi cerita..)

Baru-baru ni keluarga Am bergaduh sebab adik Am sorang ni..
kami pun tak tau apa nak jadi dengan dia.. bagi nasihat tak nak dengar, cakap baik-baik, kadang-kadang je dia tak melawan. Am sedih sangat dengan perangai adik Am sorang ni.

Mula-mula, mama dan bapak rancang nak hantar adik Am sorang ni belajar dekat Sabah, memandangkan dia nak masuk sekolah teknik, kami daftarkan nama dia dekat sana.
Sebenarnya bukan saja-saja nak hantar dia pergi sana, tapi sebab perangai dia yang makin teruk tu, tambahan lagi berkawan dengan orang-orang yang bawa ke arah yang merosakkan masa depan dia, kami buat demikian.. Sebab kami nak hantar dia pergi sana,
1. Kawan-kawan dia semua bukannya bagus.
2. Disiplin dekat san ketat sangat, boleh didik seseorang ni.
3. untuk masa depan dia.

Sebaliknya pula, dia tak jadi hantar pergi sana, sebab dia tak nak.
lagipun kalau hantar dia juga, nanti menyusahkan nenek dekat sana. Jadi kami putuskan tak hantar dia.

2 minggu lepas tu,

Keadaan jadi macam biasa, dan adik Am ni buat perangai dia macam biasa.
selagi orang tak call suruh balik, dia bukan nak balik.Kadang-kadang sampai tengah malam di tunggu baru dia nak balik.

Beberapa hari lepas, adik Am balik lambat dari kerja, bapak marah. Bila dia balik bapak cakap macam ni..

Mirul besok tak payah pergi kerja dah!! kalau asyik balik lambat macam ni saja.!

Adik Am diam je. Esoknya dia tak pergi kerja. Tak tau la sama ada dia dah berhenti atau dia  ikut cakap bapak. Tapi yang pasti, dia dah berhenti kerja.
Besok malamnya, adik Am ni bagi borang GIAT MARA dekat mama suruh isi, sebab kalau dia tak dapat teknik dekat sini, dia nak masuk dekat Giat Mara. Memang adik Am ni dah tak ada hati nak sekolah biasa.

Borang tu mama tunjuk dekat bapak suruh isi, Am ingat bapak sokong, tapi sebaliknya, bapak cakap macam ni..
buat apa dia masuk situ, di bagi sekolah lain tak nak. Buang masa saja!!

Am terkejut sangt bapak cakap macam tu. Am dengan mama berusaha la yakinkan bapak cakap la macam-macam. Tapi bapak tetap dengan keputusan dia. Am tak tahan, am keluar dari bilik mama. Mama Am suruh simpan borang tu. Am letak dekat atas laptop. Am mula stress, Am ambil fone cina mama, main game.
Tangah main-main, Krakk!! bunyi macam benda kena koyak, Am paling muka, tengok adik Am koyak borang tu. Am cuba halang, tapi benda dah koyak nak buat macam mana. Am rasa makin stress, Am mula la menangis, game yang tadi Am main tu terus Am tutup. Am masuk bilik, mula la buat kerja gila, 
Am amik bantal, Am tekan muka sampai tak boleh bernafas, pastu fone yang bapak bagi tu Am bagi balik. Am tak fikir panjang, Fone tu Am dah lama nak, tapi Am buat macam tu. Sebab Am rasa bapak tak adil dengan adik Am. Lepas bagi bali Fone tu,Am masuk bilik balik, Am nangis, sambil dalam dilema..
Hati cakap..
'kenapa kau bagi balik fone tu.. bukan ko dah lama nka fone tu ke??'

Otak cakap..
'jangan biar je telefon tu, biar bapak sedar apa yang dia buat tu salah'

Akhirnya, Am buat keputusan, amik balik fone tu, sebalum tu Am pergi amik borang yang adik Am koyak tadi dekat tong sampah. Am betulkan balik, Am tunjuk dekat mama. 

Mama tanya..
siapa yang koyak ni??


Am jawab..
Fikir sendiri..


Am terus masuk bilik.Am rasa bersalah cakap kasar dengan mama. Mak maafkan mira mak. Tapi nak buat macam mana, Am memang marah sangat masa tu.Malam tu Am teru nangis sampai tertidur.

Semalam pula, adik Am tetap buat hal juga.
Bapak macam biasa la, mesti dia tanya pasal adik Am ni. Bapak memang tak boleh tahan dah dengan perangai adik Am ni. Dia marah gila. Kakak Am call dia, suruh balik. Dia cakap kejap, dekat CC ni tengah main Game. Kami tunggu la. Bapak marah lagi. 

Bapak cakap
Mana dia??


Kakak Am cakap
dia tengah On The Way..


Kami tunggu lagi..
10 minit lepas tu bapak tanya lagi...
On The Way 2 dari tadi tak sampai-sampai!!!


mama bersuara agak sedikit tegas.

kalau dia cakap dalam perjalanan tu dalam perjalanan la!!!

Kami tunggu lagi, sambil tu bercerita la pasal cerita PENANGGAL yang dari tadi kami tengah tengok tu..
Tak lama lepas tu, bapak suruh adik amik tali pinggang. memang bapak tak beredar dari situ. Bapak cakap selagi adik Am tu tak balik, dia tak akan bangun pergi mandi.
Abang Am yang mulanya tak nak masuk campur, sebab dia tengah fokus study untuk paper hari ni iaitu perdagangan, terus masuk campur, sebab dah tak tahan. Abang Am ni call la adik Am ni, 
15 minit lepas tu adik Am ni balik,
Am lari cepat2 masuk bilik sebab tak sanggup tengok adik Am tu kena pukul. Am takut nanti Am nangis lagi.
Kakak Am dah siap pasang earfone dekat telinga. Am duk dengar jela sambil fikir, fone Am nie semua benda hilang.Gambar bapak Am denga cucu pertama dia pun hilang. Am takut gila!!
Am dengar macam dah reda sikit, Am keluar tengok adik Am duduk dekat kerusi. Am tau dia tengah tahan marah dia dan tak nak menangis. Am kesian sangat dekat dia. Dia bangun masuk bilik mama, bagi balik fone yang bapak kasi dia, tapi Am nampak dia amik bateri dengan simcard. Dia keluar, dia sepak tali pinggang yang bapak pukul dia, 
dia cakap..
apa aku nak semua tak dapat! macam B**i!!!

Dia masu bilik hempas pintu.
Pagi tadi mama cakap la, yang bapak ada telefon mama, tanya macam mana kaki adik Am ni. Bapak suruh mama sapu minyak kaki adik Am tu.
Mama cakap..
tengok betapa sayangnya bapak kamu sama kamu semua..  


Am sedar, Am dah salah buat penilaian. Semalam pun kakak Am ada cakap. Dia bagi nasihat dekat Am. Lepas dengar apa dia cakap tu, baru Am sedar apa yang bapak buat.



P/s : kepada remaja2 yang peranaginya sama macam adik Am ni, cepat2 berubah. Jangan ikut perasaan sangat. ingat " IKUT HATI MATI "

No comments:

Let's See~